homePROFILETAGBOARDCREDITSinstagramtwitterfollow
AKU DAN CICAK ?
ASSALAMUALAIKUM

Macam biasa bangun pagi mandi pergi sekolah . Not as usual harini aku macam hyper sikit . Sumorang lalu depan aku , aku dengki . Lagi lagi kalau perempuan gasak aku tarik tudung kau sampai nk tanggal skarf rambut kau aku buat . Zalim tak aku ? Hahaha . Masa first pulak Reka Cipta . Okay aku benci subjek ni . Pasal dia membebankan aku dengan kerja kursus yg bertimbun for SPM . Tengah nk ke bengkel ni pergi lah amek projek Bie ni kat pakgad depan . Main punya main tak perasan yang bola ping-pong kat dalam tu dah jatuh . Kitorang dengan yakin angkat je projek tu pergi bengkel lama . Kenapa panggil lama ? Sebab memang lama dann buruk dan berhabuk semua . Bila dampai bengkel perasan bola pingpong tu hilang aku dengan Naqiah mengagahkan diri mencari bola tu sebab nak ponteng kelas . Jalan kemain slow sampai singgah Koop beli air . Hahaha . Sekali sampai ke pakgad aku tengok bolanya dah kemek . Ketawa kekek kekek aku kat atas jalan tu. Okay tak lawak aku tahu .

Balik je bengkel aku bagitahu la cikgu bola tu dah kemek . Hahaha . Then aku berjalan satu bengkel dok kacau semua member aku buat kerja . Aku punya projek ? Ahh gerak pun belum kau tahu . Hahaha . Dah habis masa ni aku jalan la ke kelas . Tengah standby nak duduk ni aku rasa sejuk je kat paha aku . Tapi dia kejap je . Sekali aku rasa ada benda bergerak . Aku dah libas libas kain . Aku fikir kumbang ke apa kan . Tengah tengah libas ni ekor cicak jatuh. JENG JENG JENG ! Takpayah nak cakap apa aku terus menjerit satu kelas dengar . Aku terus lari memandangkan ada cicak tak berekor dalam kain aku ni . Kau nak tahu jauhnya kelas aku dengan toilet ? Dalam 700 meter jugak aku lari pecut dengan kain yang ada cicak tu . Sampai toilet aku terus campak kain aku ! Entah cicak nya mana aku tak tahu . Kawan aku masuk toilet gelak gelak .

Qeah: Cicak nya dah keluar tadi masa kau lari. Dah pakai kain cepat.

Aku: Kain ni ? Tak nak laaa . Aku nak kain lain.

Qeah: Cicak nya tak ada.

Aku: Kau kibas dulu kain tu . Mana tahu dia beranak pinak dalam tu.

Qeah: *kibas kain sekolah aku* Haa tak ada dah

Aku: Eiii bodoh . Aku geli laaaaa .

Makcik cleaner: Makcik dah sapu dah cicak tadi tu . tak ada dah

Aku : Alaaaa nak balik .

Qeah: Kalau tahu tadi aku keek apa jadi ni.

Aku: Jangan lahanat sangat . Aku sepak kau kang XD

Dengan gagahnya aku pakai kain sekolah aku jugak . Kau nak tahu aku jalan macam mana ? Dah macam orang sunat dok pegang kain . Bukan apa aku geli punya pasal . Pantang ada benda sentuh kat kain aku aku dah libas kain XD Bukan apa , dah la benda tu sejuk . Plus dia bergerak dalam kain aku . Kat paha pulak tu . Ekor tanggal pulak tu . Aku benci cicak lepas ni . Berani kau datang kat aku lagi , aku kerat 15 buat masak lemak bagi kucing makan . Nampak cicak aku orang pertama lari dulu . Pengalan yang sangat hitam . Plus member aku cakap cicaknya hitam spotted hodoh katanya . Lagilah aku geli -,-




POSTED BY Elly Nadia Prada ON 01 July 2013 @ 12:00 PM
Luaskan Kuasamu
Aku taknak isi dengan mukadimah boleh ? Aku main terjah je dengan apa yang aku nak tulis . Bukan ada orang baca pun . Okay dalam suasana di Pontian yang jerebu ni . Maaf kalau ada typo yang bakan menyusul . Almaklumlah Pontian dah upgrade jadi Pontian Highland ~ HAHAHA . Okay bact to basic . Ehh ? Salah . Back to the story .

18062013
Skype dengan sayang , dia tanya alamat . Yelaa normal bagi kitorang every month tukar surat . So let it be bagi jelaa alamat tu . *tengah skype* Sayang keep on busy balut pebenda tah pandang bawah buat aku rasa terabai . Ouh tacing . HAHA . Okay tipu , aku watlek jeee senanya . Then dia wrapping or apa tah ~ Aku abaikan aku online twitt . Bila masing masing dah ngantok , we sleep with skype on . Face to face . Ecehh nak bajet sweet konon . Tapi memang every night macam ni nak buat macam mana . Dah terbiasa .

19062013
Back from school macam biasa on skype . 

Kalau pos laju area Johor jugak bila eak sampai sayang?

Area Johor je kan ? You pos harini ke ?

Haah . Tadi i baru hantar .

Maybe dua tiga hari sampai kot.

Lepastu kitorang keep on our conversation macam biasa . Bual itu ini . Then scroll scroll temlen , terbaca tweet dia :

''Nanti kalau kau nak cari awek kau dekat stadium , kau tulis nama ELLY pakai spandok . Lepastu berlari tengah padang n DO YOU MARRY ME ! ''

Sayang jangan ikut cakap kawan you taw . Apa guna you ada telefon . Ada rezeki kita jumpa la kat stadium tu 29 hb ni ae ? heee . Sambut monthsarry kau Bukit Jalil la jawab dia bulan ni . Sweet tak ?  Hahahaha . Aku buat lawak ni , jgn lupa gelak . Mesti rasa nak hempok aku kan ? Okay watlek dulu . Sambung cerita ~

20062013
Aku balik sekolah dengan pening nya disebabkan Jerebu yang semakin melampau , masih ternampak samar samar bungkusan coklat di tangga . Then ibu cakap TU HAA ADIK PUNYA ! Maigad excitednya ~ Amek  la baca . Nama pengirim : Muhammad Faiz Bin Yosri . Hamboih , dia buat seplise kat kita ~ Dengan rakusnya aku koyakkan . HAHA . Ada dua plastik dalam tu ~ Nak tahu apa ?


Sorry for the bad picture quality :3 Peace no war . Okay ni dua dua baju sebenarnya . Taktahu la dia nak aku pakai masa 29 nanti tu ke apa . Hehehe . Yang hitam tu baju LARKIN INI RUmAH KITA and the red one WE'LL ALWAYS SUPPORT JOHOR . Well kami anak jati Johor . Kalah ke menang tetap setia :) Luaskan kuasamu JOHOR !


Okay mafla ni dapat dalam lipatan baju ni sebenarnya ~ Okay nampak tak ada sign name dia ? Jeles babe tulisan dia lagi cantik dari aku . Jealous tahap abcdefg sampai z . Okay thank you sayang for the gift :') Saya tak mintak pun awak limpahkan saya dengan barang ni semua .

I'm grateful to have such a boy who can get in with me . Get along with me no matter what . Be loyal towards me . Keep stick no matter how big is my fault . Accept me as who i am . Give me freedom . I bet , no one can replace your place :) You are so perfect to me . It is too perfect . *habit kalau nk express feeling aku akan automatik tukar english . HAHA . Teruk benor aku ni ~ So like always la kalau dah ada stuff ni , mula menggatal nk photoshot !


Bad quality of pictures or the person in it ? I think it both so the picture look ugly . Are you agree ? Say no and i'll give you doposen XD


Bajet bajet hipster ~ Aku memang kurus , dah tapayah mengata -,- Aku sedar diri aku ni bukan je kurus malah skinny tapi berat dah 46 . HAHAHA


Jangan main main dengan awek Johor . Silap silap awak kene terajang baru awak tahu rasa . Nak rasa , cubalah buat XD


Last picture of the day . Bajet comel kejap tapi tak lama sebab tak ada nampak lansung mana insecurity sense aku hilang :p Hahaha . Ada rasa berminat nk beli baju baju yang aku pakai ni ? Do contact Muhammad Faiz at twitter . He is the best guy to deal with .

Mulut dah menguap ni , dapat layan running man pon best jugak ~ HAHAHA tak pasal . Sikit nasihat , jerebu sekarang ni semakin meruncing . Ibu bapa dan warga tua bertanggungjawablah untuk memastikan anak anak mereka dia dalam dewan . Banyak kan minum air masak . Kurang kan hirup udara luar . Duduk dalam rumah , kalau ada benda penting je keluar . Ingat nyawa tak boleh dibeli dengan kos !

Memang untuk kawan baju JDT tu . Tapi kawan selamanya sehidup semati sebumbung seatap secinta kasih sayang menyayangi :DD

Saya tak mintak awak belanjakan duit awak untuk beli itu ini dalam hubungan tapi saya mintak awak belanja kesetian awak demi hubungan ni :)

Dia tweet macam ni . Im so touched sayang . Awak mungkin tak pandai pujuk , tapi awak faham apa itu erti setia . Sayang awak . Terima kasih sekali lagi pasal baju ni .

Le Author,
Elly Nadia Prada





POSTED BY Elly Nadia Prada ON 20 June 2013 @ 11:07 PM
back | all rights reserved desiree 2012