homePROFILETAGBOARDCREDITSinstagramtwitterfollow
AKU DAN CICAK ?
ASSALAMUALAIKUM

Macam biasa bangun pagi mandi pergi sekolah . Not as usual harini aku macam hyper sikit . Sumorang lalu depan aku , aku dengki . Lagi lagi kalau perempuan gasak aku tarik tudung kau sampai nk tanggal skarf rambut kau aku buat . Zalim tak aku ? Hahaha . Masa first pulak Reka Cipta . Okay aku benci subjek ni . Pasal dia membebankan aku dengan kerja kursus yg bertimbun for SPM . Tengah nk ke bengkel ni pergi lah amek projek Bie ni kat pakgad depan . Main punya main tak perasan yang bola ping-pong kat dalam tu dah jatuh . Kitorang dengan yakin angkat je projek tu pergi bengkel lama . Kenapa panggil lama ? Sebab memang lama dann buruk dan berhabuk semua . Bila dampai bengkel perasan bola pingpong tu hilang aku dengan Naqiah mengagahkan diri mencari bola tu sebab nak ponteng kelas . Jalan kemain slow sampai singgah Koop beli air . Hahaha . Sekali sampai ke pakgad aku tengok bolanya dah kemek . Ketawa kekek kekek aku kat atas jalan tu. Okay tak lawak aku tahu .

Balik je bengkel aku bagitahu la cikgu bola tu dah kemek . Hahaha . Then aku berjalan satu bengkel dok kacau semua member aku buat kerja . Aku punya projek ? Ahh gerak pun belum kau tahu . Hahaha . Dah habis masa ni aku jalan la ke kelas . Tengah standby nak duduk ni aku rasa sejuk je kat paha aku . Tapi dia kejap je . Sekali aku rasa ada benda bergerak . Aku dah libas libas kain . Aku fikir kumbang ke apa kan . Tengah tengah libas ni ekor cicak jatuh. JENG JENG JENG ! Takpayah nak cakap apa aku terus menjerit satu kelas dengar . Aku terus lari memandangkan ada cicak tak berekor dalam kain aku ni . Kau nak tahu jauhnya kelas aku dengan toilet ? Dalam 700 meter jugak aku lari pecut dengan kain yang ada cicak tu . Sampai toilet aku terus campak kain aku ! Entah cicak nya mana aku tak tahu . Kawan aku masuk toilet gelak gelak .

Qeah: Cicak nya dah keluar tadi masa kau lari. Dah pakai kain cepat.

Aku: Kain ni ? Tak nak laaa . Aku nak kain lain.

Qeah: Cicak nya tak ada.

Aku: Kau kibas dulu kain tu . Mana tahu dia beranak pinak dalam tu.

Qeah: *kibas kain sekolah aku* Haa tak ada dah

Aku: Eiii bodoh . Aku geli laaaaa .

Makcik cleaner: Makcik dah sapu dah cicak tadi tu . tak ada dah

Aku : Alaaaa nak balik .

Qeah: Kalau tahu tadi aku keek apa jadi ni.

Aku: Jangan lahanat sangat . Aku sepak kau kang XD

Dengan gagahnya aku pakai kain sekolah aku jugak . Kau nak tahu aku jalan macam mana ? Dah macam orang sunat dok pegang kain . Bukan apa aku geli punya pasal . Pantang ada benda sentuh kat kain aku aku dah libas kain XD Bukan apa , dah la benda tu sejuk . Plus dia bergerak dalam kain aku . Kat paha pulak tu . Ekor tanggal pulak tu . Aku benci cicak lepas ni . Berani kau datang kat aku lagi , aku kerat 15 buat masak lemak bagi kucing makan . Nampak cicak aku orang pertama lari dulu . Pengalan yang sangat hitam . Plus member aku cakap cicaknya hitam spotted hodoh katanya . Lagilah aku geli -,-




POSTED BY Elly Nadia Prada ON 01 July 2013 @ 12:00 PM
back | all rights reserved desiree 2012