homePROFILETAGBOARDCREDITSinstagramtwitterfollow
Suratan buat insan bergelar Crush
Salam sayang dari saya buat awak ,

First and foremost saya nak mintak maaf dekat awak sebab saya langsung tidak spent time dengan awak sepanjang sch holiday nih . Saya busy bejalan jalan dan merangkak rangkak di sekitar malaysia dengan sanak saudara . Yang tue saya tipu , sebenarnya dengan keluarga . Isnin dah ke nilai cari barang rumah and baju raya . Esok ke Johor pulak stay rumah mama kemas rumah . Lepastue ke Kota Tinggi melawat nenek yang sakit . Atuk pun sakit . Saya dah macam cuti cuti hospital . Kejap kat Hopital Kota Tinggi , kejap dekat Hospital Sultan Ismail and lastly dekat Hospital Sultanah Aminah . Nampak tak betapa saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang cucu yang baik . Awak sorry okay . Semua nih tanpa dirancang . Tahu tahu hari khamis saya gerak ke Pahang , melawat makcik makcik yang tak pernah saya rapat dan anak bujang dia semua handsome handsome macam Aaron Aziz tapi saya tetap tak pandang melainkan Zizan Razak depan mata , awak pun saya tak pandang . Gurau kayy awak . No heart feeling . Dahlah kita jarang contact kan sebab number awak celcom saya maxis . Mahal kay awak . Sesungguhnya saya dan awak sama sama kedekut kredit jadi satu sen pun amatlah berharga . * TYPO . Mlam balik dari Gambang tuh kita skype sebab saya tengah demam , i need you for my medicine . Awak sanggup on skype malam malam teman saya kan ? Terima kasih awak . Walaupun awak penat sampai awak tertidur . Mula mula kita tak cakap kita demam kat awak kan ? Tapi awak tanya kenapa mata kita berair , baru kita cakap kita demam . Awak ngolok kita yang kita habeskan tisu berkotak kotak mengelap hingus yang meleleh leleh dan air mata yang turun tanpa diminta . Tak pe that what make us more closer . Masa dekat Singapore ingat nak ajak awak skype , tapi awak tak online . Kita nak text tapi dari Singapore nanti kredit awak habis . Duit awak kan duit kita jugak , jadi kita sayang duit kita . Kehkehkeh . Kalau ikut plan hari isnin saya dah balik , nak date keluar jumpa awak tapi mama ajak saya pergi Bandar Tenggara rumah makcik tidur sana 2 malam . Tuhan jee tahu macam mana kecewa nya hati saya . Awak tahu tak tidur 2 malam maksudnya selasa baru saya balik pontian . Kalau saya sampai malam macam mane awak , tak dapat jumpa . Rabu awak dah nak gerak balik universiti awak kat Pinang tue kan . Jauh , nanti saya rindu .

Awak sorry kita tak dapat jumpa . Mungkin awak tak sesedih saya sebab nama pun Crush paham tak crush ? Thats mean only im the one love you :) InsyaAllah tak lama lagi awak balik kan ? Biarlah skype meneman kita okey ? Please remind all our memory together . Ingat lagi kan yang awak belanja kita makan sampai terjumpa jiran tetangga depan belakang kiri dan kanan rumah awak and Kak Noor Aliffah . Saya akan ingat semua kenangan tue sebab kenangan tue manis bagi saya . Saya nak ucap terima kasih kat awak sebab awak sudi datang BBQ kat rumah saya malam tue then jumpa ibu bapa saya . Awak gentle . Sini saya bagi penampar kat awak ! Ehh bukan , thums up sebenarnya -,- First time kita jumpa masa awak berhenti depan hospital sebab nampak saya . #malu kayy TAK SENGAJA Awak tumpangkan saya ke tambak hang dengan member . Sebenarnya masa tue saya tengah kecewa dengan awak sampaikan saya cakap sana nak tinggalkan awak dan takkan cari awak . Then malam tue awak nak hanta saya balik awak suruh saya tarik balik kata kata tuh . Yupp , saya tak balik dan saya tak malu orang tahu pendirian saya goyah macam sampan dilambung ombak dan lalang ditiup angin . 

Saya tak tahu awak baca blog ini atau tidak , tapi kalau awak baca saya nak awak tahu yang masa saya menaip panjang berjela nih , hingus tengah meleleh leleh sebab selsema tak baik lagi dan mata tengah berair sebab rindukan awak . Kenangan kita tengah berlari  lari dan menari nari di depan mata saya nie haa . Nampak sweet jee saya tengok :) Kalau awak ingat ada text awak pernah cakap dengan saya " Awak boleh sayang saya walaupun sebagai kawan tapi jangan pernah benci saya " . Mungkin satu hari nanti bila saya dah penat terus menunggu awak saya akan cakap saya benci awak , tapi saya nak awak tahu hati saya tak pernah membenci awak . Sincere from my heart awak . Bukan saya taknak confess dengan awak , tapi biarlah awak tahu how much i love you . Saya tahu awak nak sayang family awak dulu sebelum sayang orang lain . Kalau sayang family pun tunggang langgang macam mana nak sayang orang lain kan ? Tapi jika ditakdirkan nanti awak jumpa perempuan yang lebih ikhlas sayang awak , berhentilah memberi harapan kepada saya . Saya sokong semua pilihan awak , as long she can create a warm smile at your face and in your heart . Saya tahu crush akan tetap menjadi crush , tak akan pernah berubah . Cukup lah awak tahu kewujudan saya dalam hidup awak dan saya tidak mengharapkan lebih dari itu . 

Rabu nanti dah balik Pinang saya nak pesan , jangan nakal nakal . Kat sana tak ada orang nak jaga kalau jatuh nanti . Duit jimat cermat sikit sebab awak dah duduk luar tak duduk hostel . Dah pakai blackberry kan ? Jangan tak reply IM saya sebab saya risau :) Baju jangan lupa cuci , tulis nama takut hilang nanti . #Kita buat awak macam budak budak je kan ? Kayy i know you already grown up . It just an advice . Kadang kadang benda yang remeh la kita selalu lupa rite ? Sampai sini coretan saya buat insan bergelar crush .

Dear Crush , i will keep constant love you .

Yang ikhlas ,
Elly Nadia


#Sorry people agak panjang coretan kali ini . Leave your comment after reading at :
  Twitter : http://twitter.com/#!/EllyNadiaPrada
  Facebook : http://www.facebook.com/ellyprada

Thank you :)
POSTED BY Elly Nadia Prada ON 03 June 2012 @ 7:26 PM
back | all rights reserved desiree 2012 | forth