homePROFILETAGBOARDCREDITSinstagramtwitterfollow
Le Amor Part 2
Harini lepas je balik sekolah terus tukar baju campak beg on lappy sebab nak sambung entry semalam malam yang tak habis lagi sebab im in rush nak buat homework . So continue lepas lepak dekat Secret Recipe . After Najmin tinggalkan kitorang berdua , memang my part nk habiskan kek tu so Bell pun tunggu la awek dia ni makan XD Seriously im not the type of girl yang cover cover masa makan . Semua aku bedal tak ada nak cover perempuan ayu even depan boyfriend sendiri . This is me so u must accept it :* Aku makan cepat jee bila dah habis kek and air choclate tuh terus kitorang gerak ke Cathay sebab movie dah nak start .

Memang adat kitorang tgok movie no popcorn or water bukan hapee just taknak membazir jee . Selalu sgt tak habis kalau beli all that stuff . So masuk dekat wayang cari seat B23 24 (couple seat) . Movie start jee dah berdekah sebab cerita ni memang kelakar . Rumah diorang sangat la canggih and i wish i will own that house one day . So keep looking that movie tanpa hiraukan Bell *gelak jahat* . So habis jee movie terus jumpa Annuar Putra yang aku kenal in twitter . Gerak depan McD tunggu dia dekat tiang . Bell cakap dia pendek aku pun carilah yang pendek rambut panjang sekali datang tinggi . Okayy -,- Dia kata nak balik so amik gambar dengan Annuar dulu . Satu dua tiga CHAKK !


This is Annuar Putra so lepas jumpa ingat nak ajak Bell lepak starbucks sebab macam dah lama tak lepak sana but but but , tak jadik sebab nak gerak pergi ChinaTown . Alaa yang rumah merah tu . Okayy gerak kat situ lepas rusuhan kawan kawan Annuar ni . Pergi je sana ingat nk pergi The Lebel dulu tapi tutup so terus ke tempat tujuan . Sampai je sana amik gambar dulu sebab Annuar again cakap dia dah nak balik sebab kene gerak pergi Pulai Perdana .


                                                   

                                           
Me and Bell . Seriously tinggi kitorang tak jauh beza but takpee sebab Bell boleh tinggi lagi :3 Then Annuar okay dia bukan pendek macam dalam gambar tu tapi dia tinggi . Saja je merendah kan diri biar setaraf kata dia . Mengada punya lampai XD


Lepas Annuar balik kitorang terus la ke stage yang kat tepi tu mengada ngada kejap sampai nak bagi penumbuk jee dekat Bell . Dia punya dengki dia selitkan jari dia kat celah celah kasut then pergi letak daun . Tak cukup lagi dia pergi sorokkan kan kasut . Dah berkaki ayam atas tuh . So dah penat bergaduh saja mengada sandar kat bahu dia sebab penat berjalan sampai pagi . Kalau boleh nak je baring kat stage tuh XD Tengah tengah sandar ni , bahu dia terlanggar mata aku . Seriously sakit gila macam nak nangis :') Tunggu dia pujuk tai diam jee . Yaa Bell bukan seorang yang pandai pujuk for me its okay . 

Me: Sayang i merajuk.
Bell: I takpandai pujuk . Kesian you dapat BF macam i.
Me: Sokay la sayang. I takkesah pun :)
Bell: Kesian you.
Me: Takkan semua lelaki nak sama.
Semua ada cara masing masing.

Okay terus pergi lepak dekat depan ROOST tu sebab belum bukak lagi XD So jalan jalan part nak turun tangga saja jee mintak dukung . Bergurau tapi dia buat betul betul . Okayy elak tumbang je dia bawak ni . Yelaa dah la angkat aku yang 45 kg ni berlari pulak tu ke Najmin . I know sayang penat :') but thanks for being that sweet for me . Suddenly aku haus gila tahap asdfghjkl . Dah berapa kali ajak diorang lepak kedai lain dulu sebab nak air . So lastly Bell said , sayang you nak air apa ? Ada mamak kot kat sini i beli . :') Dia kesian tengok aku haus sebab lama sangat tunggu plus panas terik . Lepas je dia beli terus minum then dia main tab . Lelaki dgn game takdapat dipisahkan . Aku dengan dengki dia datang dekat dia duduk kat situ and pakai kemeja dia yang besar tuh -,-



                              



Tutup cerita semua nih okay cerita pasal ROOST pulak . Actually memang dah lama nak lepak kedai REPURPOSED and RECYCLE tu sebab dari luar nampak sangat cantik . Makanan dia pun bukan makanan nasi goreng semua dia ala ala vegetarian or more to cafe . So kitorang makan sup campbell , puff and one ice blended mocha . Okay rasa dia pekat gila . lepas je kitorang masuk kat kedai yang serba hijau tu sangat tergamam sebab cafe tu sangat cantik . DOUBLE WOW gitu loo :p Lagipun scenery dia tuh lega jeee tenang dengan warna hijau . So apa lagi kitorang pun photoshot . Lepak lepak sampai tunggu Paan Montel datang dengan kawan dia . Najmin awal awal dah chaww gerak CS sebab nak pergi CAMERA BOX dalam innercity . 

Lepas aku dah tumpahkan air sampai kene beg Bell , habis bau kopi beg dia XD Terus blahh keluar dari kedai sebab nak cover malu . Kayy bukan sengaja kayy tapi tak sengaja . Haha . Terus jalan lepak segget . Okay cerita pasal segget ni aku dah selalu sangat lepak kat sini so boring . Tapi aku still belum dapat lagi beg kain perca macam bati yang aku nak dari dulu tu :') One day maybe , so kalau lalu tengok je beg tuh . Hmm hmm . Lepas lepak segget je area pukul 8 dah call Najmin ajak balik . Aku dengan Bell gerak pergi CS sebab Bell nak hantar . So cari Najmin terus duduk lepak japp kat tepi tuh . Okay bual bual dgn dia semua mula laa mata ni nak watering paip bocor . Moment nak balik ni memang aku lemah . But Bell cakap , kalau rindu cium varsity dia yang ada kat aku nih :') So salam tangan dia kiss pipi semua terus gerak balik tak toleh belakang lagi takut nangis :') Tanak buat Bell sedih . Tunggu bas larkin jap then call ayah cakap OTW balik dah . Najmin kaki dah melecet kesian dia :p Tulaa berjalan ajaa kerja dia . 

Masuk je dalam bas terus text Bell cakap rindu dia semua and all that . Siap pesan lagi jangan nakal nakal kat Pandan tu padahal percaya jee dekat dia . Sajaa cakap macam tu XD Dalam bas borak dengan Najmin sampai Pontian amik cab balik rumah . Sampai rumah terus call Bell tanya dia dah sampai belum and he said dia dah sampai rumah terus on skype and upload semua gambar kat FB :) 



                                        


Banyak lagi gambar tapi cukup la ni ajaa yang lain biar kitorang simpan buat kenangan :') Maybe it is just silly thing but im grateful enough and i wont forget this date . Hang with my love one , friends , eat , movies . All fun and enjoy . Sayang promise kalau ada masa dia turun Pontian sebab tak tahan rindu . ILOVEYOU MUHAMMAD FAIZ YOSRI :* Kalau nak baca entry dari blog Bell . Click this link Ayiez Cambell .

Le Author,
Nadia Khairullah 

POSTED BY Elly Nadia Prada ON 07 January 2013 @ 3:56 PM
back | all rights reserved desiree 2012 | forth