homePROFILETAGBOARDCREDITSinstagramtwitterfollow
Le Amor

Assalamualaikum . Selamat malam dan selamat menonton AJL . Actually entry ni nak update malam semalam tapi disebabkn penat yang melampau berjalan dari pagi sampai malam , so update harini sementara tak skype dgn Bell and saja nk senyap japp . Haha .

Siapa Bell ? Okayy nampak gambar kat atas tu ? Alaa alaa Bruno Mars tu ? Tulaa Bell . Siapa dia dalam hidup saya , baca older post :) Actually semalam 5 January 2013 finally dapat hang dengan Bell ding dong ting tong . Minggu lepas sebenarnya baru jumpa masa Vandaugh Guess gathering tu tapi mengada ngada nak jumpa lagi katanya rindu . Plan just Bell nk turun Pontian jumpa kat sini but finally kitorang jumpa dekat CS jugak XD

This date kitorang jumpa sangat awal pukul 10 dah jejak dekat CS tu , agas pun belum datang lepak lagi XD Lantakk laa gua datang nak date bukan lepak XD So sampai terus cari toilet then suddenly Bell call . Dia cakap dah sampai tunggu depan McD . Okayy nervous gila nak jumpa dia then main sorok dekat tiang and terkejut kan dia :3 SURPRISED ! Then lepas jumpa terus beli tiket wayang cerita PARENTAL GUIDANCE sebab nak sgt tengok cerita tu . Ada pukul 11.15 am start tapi kitorang amek yang 1.55pm punya .

Plan nak lepak dekat KFC dataran kitorang pun berjalan la dari CS ke dataran sekali sampai sana KFC closed. Kalau dekat tak apa ni jauh -,- So berjalan balik la kitorang dekat CS then makan KFC dekat CS je . Sengaja mengada nak makan dekat KFC datran sebab kat situ tempat kitorang first date , baru nk mengimbau kenangan lama . Haha . Continue , bila dekat KFC macam biasa Bell yang beli makan sebab Elly nak cari seat . Makanan sampai je kitorang terus makan . Kitorang ada satu habit makan selalu tak habis sebab masing masing tong kecik XD So kali ni kitorang lumba siapa makan habis dia menang . Finally Bell menang -,- 

Tengok jam still awal lagi baru pukul 11.15 am so Bell cakap nak lepak luar . Kitorang pun keluar CS lepak tepi tepi tuh dekat depan starbuck . Photoshot sebab kitorang dua dua kaki amik gambar XD So otak sama sama mereng boleh masuk . Layan kan ajee kepala dia :3

Lepas lepak Elly call Najmin tanya dia kat mana dia kata dia dekat Secret Recipe . So Elly dgn Bell berjalan ke sana then jumpa Najmin . Sampai sampai dah ada Choc Indulgence atas meja apa lagi terus ngap then ada air choclate with creamer tuh . Dengan senyum nakal terus calit creamer tu letak kat pipi Bell XD Dah laa budak tuh tengah khusyuk main game dekat tab sekali kena kacau . The best is , dia senyap jee tak balas apa apa . Bell bukan seorang yg kuat marah thats why i love him . Then makan laa semua tuh sampai kenyang then Najmin blaa tinggal kan kitorang dua dua dekat Secret Recipe tuh . 



Masa lepak luar . Bell memang suka buat muka sampai kadang kadang rasa nak mintak kaki XD


Me me me me . Kbye XD

Kalau nak cerita , panjang lagi sebenarnya tapi cukup la sampai sini dulu nanti sambung dalam part 2 okay sebab tulis panjang panjang korang bukan baca pun aku je yang syok sendiri XD Thanks for follow my blog awesome readers :)

Le Author,
Nadia Khairullah .


POSTED BY Elly Nadia Prada ON 06 January 2013 @ 9:04 PM
back | all rights reserved desiree 2012 | forth