homePROFILETAGBOARDCREDITSinstagramtwitterfollow
Surat Buat Adam

Assalamualaikum dan selamat malam . Terima kasih sudi menapak ke blog yang pemalas nk update ni . Just malam ni ada nak kongsi satu surat . Masa aku jalan jalan dekat taman , terpijak satu kertas warna merah hati . Atas sampul tu ada tulis surat buat Adam . Sebab tangan dah gatal gatal nak baca aku bukak tanpa rasa segan silu . 

" Wahai Adam,

Adam terima kasih sebab hadir dalam hidup Hawa . Apa yang Adam buat untuk Hawa selama ni mengajar Hawa apa itu erti persahabatan dan percintaan . Dulu orang pernah kata perempuan menggunakan ikatan persahabatan untuk memutuskan sesuatu ikatan manakala lelaki akan menggunakan ikatan persahabatan untuk menjalinkan sesuatu hubungan . Sekarang Hawa percaya , persahatan dan hubungan kena gerak seiring baru serasi dan lebih mengenali . Percayalah Adam membawa satu perubahan besar dalam hidup Hawa . Hawa belajar hidup penuh dengan kesabaran , penuh keikhlasan , penuh kekuatan yang paling penting Adam mengajar Hawa mendekatkan diri kepada yang Maha Pencipta . Tidak pernah sekali Adam alpa untuk mengingati Hawa untuk solat , tak cukup dengan itu Adam mengaji . Terima kasih Adam untuk semua tu . Hawa tak dapat balas apa yang Adam buat untuk Hawa .

Adam , Hawa mintak maaf kalau apa yang Hawa buat sepanjang perkenalan kita ada yang mengguris hati Adam . Hawa mintak maaf :') Perubahan dalam diri Adam sangat membanggakan Hawa . Adam lebih setia , Adam lebih memahami , Adam lebih bersabar . Semua yang Hawa buat , Adam tak pernah mengeluh letih atau pun penat . Adam tetap sabar melayan . Maaf kalau Hawa kurang beri perhatian pada Adam , itu silap Hawa . Hawa akan cuba berubah . Perhatian yang Hawa bagi pada orang lain tak akan pernah sama dengan perhatian yang Hawa bagi pada Adam . Percayalah Adam ! Hawa tak boleh janji kita akan sentiasa bersama sampai bila bila , berdoalah agar kita memang ditakdirkan untuk bersama . Masih terlalu awal untuk merancang kerana usia perkenalan yang masih terlalu singkat .

Hawa tak tahu sama ada Hawa boleh hidup tanpa Adam satu hari nanti . Hawa takut semua tu akan terjadi . Hawa belum sedia . Tapi seandainya bukan jodoh Adam dengan Hawa , beruntung perempuan itu untuk perolehi Adam . Jaga dia baik baik tau Adam . Hawa doakan kebahagiaan Adam . Sekiranya Adam benar pergi dalam hidup Hawa , Hawa akan bangkit sebab Adam ajar Hawa betapa penting untuk teruskan kehidupan . Setiap insan datang dan pergi begitu juga Adam . 

Izinkan Hawa mengatur langkah kerana hari kian malap . Ingatan Hawa kepada Adam semakin kuat membuatkan Hawa mencoretkan satu nukilan ini untuk Adam . Mungkin boleh dijadikan kenangan apabila Hawa pergi ataupun jodoh kita bukan bersama . Kenangan Hawa dan Adam selama ini adalah satu kenangan terindah yang Hawa tak akan lupakan . 

Hawa sayang Adam . "

Rupanya surat dari Hawa nak bagi kat Adam tapi tak tersampai hajat dia . Tapi kenapa surat ni ada kat tengah tengah laman ni ? Sekali aku nampak orang ramai berkumpul kat tengah jalan . Aku berlari ke situ dan lihat sepasang kekasih terlantar di jalan raya . Kedua mereka mengalami kecederaan yang teruk . Aku menghantar mereka ke hospital . Pihak hospital mengesah bahawa kedua mereka sudah meninggal dunia dan merekalah Hawa dan Adam . Surat yang ku simpan ini menjadi tatapan dan bukti utuhnya cinta mereka .

Benarlah orang kata , jodoh itu kuasa Allah . Hidup mati semua di tangan Allah . Ingatlah hari ini adalah pasti tapi hari esok ? Assalamualaikum :)

Elly Nadia Khairullah 
POSTED BY Elly Nadia Prada ON 07 June 2013 @ 11:35 AM
back | all rights reserved desiree 2012 | forth